ADDRESS

My photo
Contact us:. 082-239400/ 014-8867100, Malaysia
Lot 9820, Sublot 4, Sect 65, K.T.L.D JALAN SEMARAK ,KUCHING, SARAWAK

Sunday 22 May 2011

Berhati-hati Dalam Memilih Pusat Kecantikan

Terkilan dengan apa yang dibaca dalam harian metro (edisi semenanjung)Sabtu, 21 may 2011 , Sebuah Pusat Kecantikan di arah bayar RM26,+++ kepada seorang pemilik butik oleh mahkamah seksyen di ibu negara.

Kes ini berdasarkan kecuaian sehingga menyebabkan pelanggan melecur di beberapa bahagian badan. Tuntutan saman difailkan 11 Febuari 2010 ke atas Pusat Kecantikan yang tersohor itu.

Di sini, jelas lah kecuaian juga berlaku di tempat yang nyatanya di percayai oleh ramai, kerana sering melihat iklan- iklan di media. Dan jelas lah kita harus memilih dengan teliti.
Dan waspadalah, suasana yang indah, kekadang tidak seindah kata-kata. bertanyalah tentang rawatan yang ingin di jalankan, keputusan yang ingin anda capai, dan berundinglah dengan terperinci dan jangan mudah terpedaya dengan iklan, Terdapat juga banyak kes melibatkan pusat kecantikan, menjadikan orang ramai kurang pasti dalam memilih tempat. Kekadang, kita suka dengan iklan, dan keputusan yang mengujakan (melihat betapa beza gambar sebelum dan sesudah) tanpa mengetahui samada itu gimik atau realiti.

Sekiranya anda ingin melakukan suatu rawatan kecantikan, baik sekadar rawatan muka atau pelangsingan, jangan lupa untuk bertanya tentang rawatan yang bakal di jalankan, kaedah dan kesan selepas rawatan yang mungkin akan di alami, dan keseuaian dengan keadaan anda.

Peringatan untuk mereka yang hamil, atau mungkin hamil, mempunyai komplikasi kesihatan seperti darah tinggi, masalah jantung, kencing manis, dan sebagainya, atau pernah menjalankan pembedahan, mempunyai bahan logam di dalam badan,  pastikan mendapat kebenaran pakar perubatan anda. Amat mustahak untuk memberitahu juruestetik di pusat rawatan tersebut sebelum memulai perbincangan tentang rawatan yang di ingini, untuk megelak sebarang komplikasi yang merumitkan.

Bukanlah senang untuk menfailkan saman yang akan mengambil masa yang lama, dan tidak lupa juga kesan kepada kesihatan anda.

Kesan negatif seperti di atas adalah mimpi ngeri kepada kita. Jangan bertindak mengikut perasaan dengan membuat keputusan untuk cantik atau  langsing dalam masa yang singkat, tanpa mengambil kira bagaimana gaya hidup dan permakanan kita seharian.

Selain cuba untuk berubah kepada cara hidup sihat, walaupun sedikit demi sedikit, akan menjadikan satu perubahan dalam jangkamasa tertentu, pastikan juga Pusat rawatan yang anda kunjungi mempunyai kakitangan yang terlatih atau berpengalaman di bidang masing- masing.

No comments: