Repair Cool Mask
Masker khas untuk kulit yang berminyak dan berjerawat, dan berupa masker yang sesuai untuk kulit yang radang dan sensitive kearah berminyak, kerana kandungan ekstrak daun pudina yang memberi efek sejuk kepada kulit, disamping membantu mengurangkan minyak yang berlebihan yang selalu mengakibatkan radang kulit dan berjerawat, malah membantu mengurangkan kemerahan pada kulit
Hasilnya, kulit lebih licin, bersih dan segar.
Gold Mask - Untuk Rejuvenasi kulit (Meremajakan)
Masker mewah dengan rawatan Emas Tulin yang dapat memberikan khasiat yang diperlukan oleh kulit untuk proses meremajakan kulit atau rejuvenasi, memberik kelembapan secukupnya kepada kulit, menjadikan kulit lebih anjal, halus dan gebu.Hasilnya, kulit lebih cerah dan sekata, anjal dan lebih bertenaga berbanding usia sebenar.
Lightening Pearl Mask - Untuk kecerahan kulit
Masker wajah yang diolah dari ramuan tumbuhan dan bahan alami seperti serbuk mutiara, susu, dan galian seperti magnesium dan sebagainya, dapat membantu menghilangkan parut, pigmentasi, memberi kelembapan pada kulit, mempercepatkan penyembuhan dengan memperbaiki fisiologi kulit dan menjadikannya lebih halus, gebu, cerah dan sekata.
Black Gold Mask - Untuk kulit yang berminyak
Formula mewah gabungan Emas tulin dan galian seperti kalsium oksida dan Diatomaceous Earth, dengan gel istimewa, dapat memberi kesan mengurangkan minyak yang berlebihan, menyembuhkan jerawat halus, serta parutnya, disamping memberi khasiat yang sama dengan penggunaan gold mask yang dapat meremajakan dan memperbaiki fisiologi kulit.
** Semua Masker serbuk dalam Kemasan pek 25gm boleh dicampur dengan 20ml air dan terus disapu pada wajah, biarkan 20 minit sebelum di kopek dan dibersihkan. Boleh digunakan untuk rawatan mingguan,
OXYGEN OVERNIGHT CREAM MASK
Teknik saintifik menjadikan Oxygen dari bentuk cecair menjadi emulsion telah di patenkan.
Oxygen sangat penting untuk membantu sel kulit dalam membersihkan bahagian dalam dari
kekotoran, sisa mekap, kulit mati dan minyak yang berlebihan, tanpa menyebabkan sebarang iritasi. Mampu menjadikan kulit lebih cerah, gebu, halus bak sutera.
Penggunaan: Gunakan selepas cleanser & Toner, Biarkan semalaman. Elakkan terkena mata. Bersihkan pada keesokan harinya.